Percubaan Anwar untuk mendapat perhatian
melalui dongeng ‘kerajaan perpaduan’
mendapat reaksi ‘bosan’ di kalangan rakyat. Dongeng Anwar sudah terlalu jauh
dan terlalu merepek sehingga menjelakkan yang mana bertepatan dengan pendapat
Jusuf Kalla terhadapnya, iaitu ‘Anwar
sudah gila’.
Dongeng ‘kerajaan
perpaduan’ Anwar bertujuan untuk menimbulkan keraguan di kalangan ahli-ahli
UMNO terhadap Dato’ Seri Najib. Kononnya, Dato’ Seri Najib sanggup bekerjasama
dengan Anwar kerana menyedari kedudukannya kini semakin lemah. Anwar
menggambarkan seolah-olah kedudukan dirinya adalah jauh lebih kuat dari Dato’
Seri Najib sehingga memaksa Perdana Menteri ‘tunduk’ kepadanya.
Soalnya, apakah logik Anwar yang mendapat
jumlah undi yang berkurangan di kawasannya sendiri, berbanding PRU-2008, boleh merasa dirinya lebih
kuat dari Dato’ Seri Najib? Apakah logik bagi Anwar yang mendapat sokongan
tidak lebih dari 10,000 orang dalam Himpunan
Black505 iaitu himpunan kemuncak membantah kemenangan BN dalam PRU-13,
mampu merasa dirinya masih berpengaruh?
Justeru, sekali lagi kita diperingatkan
semula kepada ayat Jusuf Kalla iaitu ‘Anwar
sudah gila’.
Dalam kegilaan Anwar, beliau lupa bahawa
sekiranya kisah tentang ‘kerajaan
perpaduan’ tersebut benar, maka di manakah kedudukan DAP dan PAS? Apakah Anwar bertindak atas kapasiti PKR,
Ketua Pembangkang atau diri sendiri ketika membuat ‘perjanjian’ dengan Dato’ Seri Najib?
Tidakkah Anwar sepatutnya terikat pada
Pakatan Rakyat yang mana tidak membolehkan beliau bertindak sendirian dalam
menentukan hala tuju PKR tanpa terlebih dahulu berbincang dengan DAP dan PAS?
Jelas, Anwar tidak pernah mengambil kira DAP,
PAS, mahupun sesiapa sahaja dalam angan-angannya. Ini kerana angan-angannya adalah milik
dirinya seorang dan beliau boleh berangan apa sahaja tanpa memikirkan kesan
atau tanggungjawabnya terhadap orang lain.
Dan angan-angan Anwar adalah untuk menjadi
Perdana Menteri dengan apa jua cara. DAP dan PAS hanyalah perkakas untuk beliau
mencapai angan-angan tersebut.
Memandangkan pada ketika ini, Anwar melihat yang DAP dan PAS masih tidak
mampu membawa beliau ke mana-mana maka beliau perlu ‘kembali’ kepada UMNO bagi meneruskan angan-angannya.
Dalam angan-angan Anwar, DAP dan PAS tidak
punya hak apa-apa untuk bersuara kerana beliau yang ‘menyuap’ mereka.
Namun, seperti yang dikatakan, ini hanyalah
angan-angan Anwar. Dato’ Seri Najib pun
telah membuat kenyataan rasmi menepis dongeng Anwar. Justeru, PAS dan DAP
usahlah terlalu terasa hati dengan Anwar kerana ‘mempersetankan’ peranan mereka
dalam angan-angannya. Nama pun angan-angan, jadi biarlah Anwar berangan-angan. Itu
sajalah yang beliau ada untuk meneruskan hidup.
No comments:
Post a Comment