Seperti yang telah
diduga kenyataan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim kononnya terdapat usaha untuk
mewujudkan ‘Kerajaan Perpaduan’
antara Umno dan PKR adalah merupakan
satu lagi bukti penipuan. Ia disahkan melalui kenyataan media yang dikeluarkan
oleh Pejabat Perdana Menteri petang tadi.
Anwar sebelum ini
ketika program wawancara dengan laman web Asia Sentinel menjelaskan, kononnya Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pernah menghubunginya dan mencadangkan agar
diwujudkan Kerajaan Perpaduan.
Namun dia terpaksa menolak cadangan tersebut ekoran serangan bertali-arus oleh
akhbar Utusan Malaysia ke atas masyarakat Cina dan India.
Menurut Pejabat
Perdana Menteri, laporan berhubung “kerajaan
perpaduan” itu adalah merupakan “daya
imaginasi” semata-mata. Dakwaan tersebut merupakan satu "ciptaan dan rekaan" bagi
kepentingan politik pakatan pembangkang khususnya untuk makhluk bernama Anwar
Ibrahim.
Kenyataan tersebut secara
tegas menolak semua dakwaan yang dilemparkan itu sambil menjelaskan TIDAK ADA SEBARANG USAHA KE ARAH MEWUJUDKAN
SEBUAH KERAJAAN PERPADUAN dengan ahli parlimen Permatang Pauh itu. Tambahan
pula perbincangan mengenainya TIDAK
MUNGKIN AKAN berlaku selagi pihak pembangkang tidak dapat menerima keputusan Pilihanraya Umum ke-13 (PRU-13) dan berterusan
mempertikai keputusan tersebut.
Apa yang boleh
disimpulkan adalah jelas, idea kerajaan
perpaduan ini hanyalah merupakan cebisan-cebisan usaha untuk memastikan
perjalanan politik Anwar terus relevan dan diterima. Ini kerana dia sedar,
keputusan PRU-13 adalah merupakan signal penolakan rakyat secara majoriti.
Tambah membimbangkan,
setelah berhempas pulas dengan pelbagai sandiwara
yang di lakukan, dia masih GAGAL
untuk menarik sokongan pengundi Islam dan Melayu.
Walaupun ramai yang
merasakan ia adalah merupakan strategi ‘serampang
dua mata’ Anwar untuk menarik simpati penyokongnya, namun masih ada juga di
kalangan ahli Umno yang terpedaya dengan skrip
terbaru lakonan tersebut. Pelbagai andaian diberikan kononnya ia merupakan
satu cadangan yang baik, malah tidak kurang juga ada yang mula mencemuh Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak atas tindakan tersebut.
Sebagai contoh, ada
segelintir masyarakat Islam-Melayu khususnya di luar bandar, merasakan sudah
sampai masanya untuk mewujudkan penyatuan tersebut. Tambahan pula, mutakhir ini
jelas memperlihatkan peningkatan sikap biadab masyarakat bukan Islam dalam
menghina Islam.
Bagi kumpulan yang
mencemuh pula, mereka merasakan Najib sebagai Presiden Umno telah cuba mengkhianati
perjuangan parti, rata-rata mereka ini adalah merupakan kumpulan Melayu dari kawasan
bandar. Ini kerana hampir saban hari, parti keramat orang Melayu ini diserang
dari pelbagai sudut.
Itu belum lagi
diambil kira kumpulan yang pro kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir. Penghinaan
yang dilemparkan oleh Anwar kepada Tun Mahathir masih dirasakan sebagai satu
dosa besar yang masih tidak dapat dilupakan.
Kesimpulannya, boleh
dikatakan sandiwara Anwar ini sedikit sebanyak dilihat berjaya untuk menipu
segelintir rakyat. Mala ia dilihat sedikit sebanyak boleh menimbulkan sedikit perpecahan
di kalangan ahli dan penyokong. Oleh yang demikian, tindakan Pejabat Perdana
Menteri mengeluarkan kenyataan tersebut merupakan satu tindakan yang wajar.
Ia secara tidak
langsung dapat menangkis semua taktik kotor Anwar dalam menarik sokongan dan
simpati masyarakat.
No comments:
Post a Comment