Selain golongan pelajar dan mahasiswa
pengaruh fahaman Syiah ini turut dikesan telah mula meresap ke dalam parti
politik khususnya Pas dan ia turut diakui oleh beberapa bekas ahli parti itu.
Malahan beberapa pemimpin utama parti itu didakwa turut berpegang kepada
fahaman tersebut.
Mereka dikatakan mula bergerak sejak 1980-an,
apabila mengikuti lawatan tajaan ke Iran dan Pakistan. Pada 1987, seramai 300
penganut Syiah berkumpul di Kota Bharu atas nama seminar haji.
Dewan seminar penuh dengan gambar dan risalah
Khomeini. Ini segera diikuti satu lagi seminar di Dewan Bahasa dan Pustaka,
yang mana antara resolusi yang diluluskan ialah menzahirkan ketaatan kepada
pemimpin revolusi Iran itu selain menggesa Haramain ditadbir oleh Badan Islam
Antarabangsa.
Mulai 1987, buku Syiah dan pelbagai risalah yang memuat ucapan Khomeini tersebar luas. Dalam memperingati Hari Quds Antarabangsa, perutusan Khomeini disampaikan yang mempertahan akidah Syiah.
Menurut bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk
Dr. Hasan Ali sebelum ini berkata sudah ada bukti-bukti yang menunjukkan
terdapat pemimpin tertinggi Pas mengamalkan fahaman Syiah.
Pemimpin itu ujarnya, dikatakan tidak menunaikan solat
Jumaat, melakukan pelbagai “Taqiyyah” selain tersebarnya video kunjungan
hormat pemimpin berkenaan ke atas rejim ganas Bashar al-Asad ketika seluruh
umat Islam mengutuk keganasan Presiden Syria terhadap rakyatnya sendiri.
Malah ada yang mengatakan, mereka inilah juga
yang bersungguh menolak penyatuan dengan UMNO yang berpegang kepada Ahli Sunnah
Wal Jemaah. Selain dari Pas, parti pimpinan Anwar Ibrahim, PKR juga dikatakan
telah mula diresapi dengan pengikut dari fahaman ini.
Menurut laporan, terdapat beberapa pemimpin
parti di Utara tanah air adalah merupakan pengikut tegar fahaman sesat ini.
Walaupun akan ada yang menafikannya, namun terdapat bukti dan asas yang kukuh
yang mengaitkan mereka dengan fahaman ini.
Terdapat juga beberapa pimpinan parti itu
yang secara terbuka mempamerkan lambang-lambang yang dikaitkan dengan Syiah
khususnya Ayatollah Khomeini. Ia secara tidak langsung menunjukkan gerakan ini
bukan lagi satu perkara yang disembunyikan.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir
Mohamad berkata rakyat Malaysia sudah berpecah kerana pelbagai fahaman politik
dan isu penularan ajaran Syiah memberikan lebih banyak kesan buruk kepada
masyarakat Muslim dalam negara.
"Syiah dan Sunni mesti bergaduh
pastinya, mengapa mereka memiliki cara berbeza dalam menterjemahkan fahaman
Islam kalau bukan untuk gaduh," kata Dr Mahathir dalam sidang media sempena
perhimpunan NGO membantu Palestin di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam.
Syiah diwartakan haram oleh Muzakarah Khas
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia pada 5
Mei 1996. Manakala pihaka kerajaan baru-baru ini melaporkan terdapat hampir 250,000
penganut Syiah yang bergiat aktif dalam negara.
Setakat ini 10 negeri sudah mewartakan ajaran
Syiah bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah, manakala empat negeri
(Pahang, Kelantan, Sabah dan Sarawak) masih dalam proses pewartaan.
Susulan tekanan ke atas penganut Syiah di
Malaysia, Shia Right Watch (SRW) satu organisasi yang melindungi kepentingan
pengikut Syiah sedunia menggesa layanan adil dari kerajaan terhadap pengikut
syiah di negara ini.
Ulama
tersohor Islam, Dr. Yusuf al-Qardawi juga telah mengisytiharkan golongan Syiah
sebagai golongan kuffar serta
merupakan musuh umat Islam keseluruhannya.
Kenyataan keras itu telah disebut oleh Yusuf al-Qardawi
dalam satu wawancaranya dengan stesen televisyen al-Jazeera dalam
rancangan 'Syari'ah dan Kehidupan' pada bulan Jun tahun ini.
Beliau berkata, golongan Syiah sebenarnya telah
mengkhianati umat Islam dan perkara itu terbukti dengan pembunuhan saudara seakidah
di Syria bersama-sama dengan puak Hizbollah.
"Jangan panggil mereka Hizbollah, mereka
selayaknya digelar Hizbosyaitan dan Allah tiada kaitan dengan mereka.
"Saya menyeru seluruh umat melawan kuffar dan
Syiah di dalam Hizbollah. Mereka ternyata kuffar tanpa sedikit keraguan. Mereka
sedang menjalankan operasi etnik di Syria dengan tujuan membina negara Syria
Barat di barat Syria," katanya dalam rancangan tersebut.
No comments:
Post a Comment